0
Reflection: Week 2
Posted by Nornadiah
on
21:02
Assalamualaikum!!!
Selamat pagi semua!!! Semoga hari ini hari yang indah buat anda semua.. maklumla hari ni cuti. Dengan adanya masa lapang sewaktu awal sem ni,lebih baik la saya mengupdate blog cepat2.. Nanti dah busy memang susah sangat nak update. Minggu ini adalah pertama kali saya memasuki kelas. Seperti yang telah dijangka, Dr Dayana pon tanya mana satu Nadiah hehehe sbb sebelum tu ada telefon Dr menceritakan masalah yang dihadapi. So pada detik itu la baru saya kenal yang mana satu Dr Dayana.
Di awal kelas, kami berbincang untuk pertukaran kelas kepada waktu dan hari yang lain kerana subjek ini clash dengan LPP3. Terima kasih kepada rakan-rakan yang faham situasi yang saya alami untuk setuju tukar waktu dan hari. Namun kena bncang Dr Noraffandy untuk confirmkan.
Selepas membuat perbincangan, Dr Dayana memulakan pengajaran dengan menjelaskan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang sem ini iaitu:
1. Web Project (Group)
2. Design Documents (Group)
3. Final Report (Group)
4. Assignment (Individual)
5. Reflection Journal/ Blog (Individual)
Jadi kepada group memberku, bersiap sedia la untuk memulakan tugasan-tugasan ini. Nasib baik la tugasan ini berkumpulan dan berperingkat.. Jadi xder la banyak sangat beban yang perlu ditanggung.
Seterusnya, Dr start kuliah pertama bertajuk Basic Concept of Webpage.. Antara isi kandungan tajuk ni adalah pengenalan kepada website, web page, home page, portal, blog. Sebelum ini pon dah dijelaskan pasal semua ini dalam kelas Authoring System. Namun, saya x berapa familiar mengenai CMS dan LMS. Selepas diberi penerangan, baru la dapat gambaran apa itu CMS dan LMS.
CMS
CMS
- Adalah singkatan bagi Content Management System
- Sistem perisian komputer untuk menyusun dan memudahkan penciptaan bersama dokumen dan kandungan lain.
-Aplikasi web yang digunakan untuk mengurus laman web dan kandungan web
-Contoh: Joomla, Mambo, PhpNuke, Xoops, Zope.
LMS
- Adalah singkatan bagi Learning Management Sytem
- Satu set alat perisian yang direka untuk menguruskan pembelajaran pengguna.
- Contoh: Moodle, Sakai, OLAT, ATutor, WebCT, Blackboard, Dokeos.
Aktiviti kelas
Seterusnya, kami semua dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat aktiviti kelas dan pasangan saya adalah Massarah. Kami dikehendaki membincangkan dua soalan iaitu:
1. Personal web development using web authoring software vs CMS vs Blog?
Kami memilih Blog sebagai medium yang terbaik untuk personal web development.
2. Educational web development using web authoring software vs LMS vs Blog?
Kami memilih LMS sebagai medium yang terbaik untuk educational web development.
Jenis Laman Web
1. Informational sites
Menyediakan maklumat mengenai subjek tertentu atau organisasi.
2. Transactional sites
Laman web yang mengadakan perniagaan,urus niaga, e-dagang atau seumpamanya.
3. Community sites
Memberi tumpuan kepada topik tertentu atau jenis orang dan menggalakkan interaksi antara satu sama lain.
4. Entertainment sites
Laman web yang bertujuan untuk bermain permainan atau hiburan (muzik, filem, seni)
5. Commercial sites
Sebuah laman dalam kumpulan ini dibina dan dikendalikan oleh sesebuah organisasi atau individu untuk keuntungan komersial, sama ada secara langsung melalui e-dagang atau tidak langsung melalui promosi bagi pembelian beberapa off-line barangan atau perkhidmatan.
6. Government sites
Tujuan laman web adalah untuk memenuhi beberapa keperluan sosial atau undang-undang.
7. Educational sites
Laman web yang mengandungi sumber maklumat berkaitan pendidikan atau institusi kerajaan dalam pendidikan (KPT, KPM)
8. Charitable sites
Sebuah laman amal wujud untuk menggalakkan matlamat organisasi bukan berasaskan keuntungan atau aktiviti amal individu atau organisasi.
9. Personal sites
Tapak wujud pada budi bicara beberapa orang atau kumpulan untuk bentuk ungkapan peribadi.
Kumpulan visual
1. Text oriented
2. GUI style
3. Metaphorical
4. Experimental
1. Text oriented
2. GUI style
3. Metaphorical
4. Experimental





Post a Comment