0

Reflection: Week 1

Posted by Nornadiah on 07:31
Assalamualaikum!!!

Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri.. Nama saya Nornadiah binti Zulkifly. Pelajar semester terakhir pendidikan teknologi.Insyaallah saya akan habis sem ni YEAY!!! Namun terdapat sedikit masalah semasa pendaftaran subjek pada awalnya kerana subjek ini clash dengan Foundation of Education 3. Saya sangat dilema sekarang untuk masuk kelas yang mana satu. Kemungkinan saya akan jadi macam biskut chipsmore untuk sementara waktu huhuhu..Sedih kalau tertinggal kelas web based ni. 


Saya tahu bahawa subjek ini sangat penting bagi saya dalam membuat research study namun yang lebih penting adalah mendalami ilmu pengetahuan mengenai web. Berdasarkan pengalaman lepas, saya pelajar sains komputer lebih didedahkan atau lebih pentingkan kepada keberkesanan atau fungsi sebuah sistem daripada menitikberatkan  rekabentuk yang dapat menarik pengguna.. Saya harap dengan mengikuti kelas ini dapat memberi pengetahuan mengenai konsep, teori dan model yang boleh digunakan dalam membina laman web. Rasanya lebih seronok kalau attend kelas daripada belajar sendiri hehehe..


Seterusnya, saya berharap subjek ini sangat menarik untuk dipelajari dan berharap pensyarah dapat memberi penerangan dengan jelas beserta contoh yang berkaitan dengan pendidikan supaya kami yang tiada background pendidikan dapat memahami. 


Akhir sekali, diakhir kelas ini saya mengharapkan bahawa subjek ini dapat membantu saya di alam pekerjaan. Sedikit sebanyak saya dapat mengaplikasikan sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar saya. Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsi kerana hari tu saya x datang kelas sebab ada hal.. So jumpa next class you alllss!!! =D







0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 MPT 1393 - Web Based Multimedia Development All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.