0
Reflection:Week 13
Posted by Nornadiah
on
01:12
Assalamualaikum!!!
Hari ini pembentangan web evaluation dijalankan. Kami telah dibahagikan tajuk pada dua minggu lepas oleh Dr Noraffandy. Tajuk yang telah dibahagi oleh saya adalah CONCEPT MAPS. Concept maps ini selalu digunakan oleh guru untuk latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Tahukah anda bahawa kaedah ini juga boleh digunakan dalam evaluation research. Umm baru saya tahu rupanya boleh digunakan dalam evaluation research. Namun di Malaysia, concept maps ni tidak begitu familiar di kalangan penyelidik. Apa yang saya baca mengenai concept maps ini adalah, penyelidik akan menyuruh responden untuk melukis concept maps mengenai tajuk yang diuji seperti fotosintesis. Kemudian, pelajar akan dipaparkan dan belajar menggunakan laman webmungkin selama 1 jam. Seterusnya,pada 10 minit yang terakhir pelajar akan disuruh untuk melukis sekali lagi concept maps mengenai tajuk yang sama. Penyelidik akan membuat pembandingan di antara concept maps awal dan akhir. Jika concept maps terakhir terdapat banyak perubahan,maka pelajar menimba ilmu pengetahuan berdasarkan pembelajaran menggunakan laman web tersebut dan sebaliknya. Walau bagaimana pun, penyelidik perlu juga menyoal pelajar tentang apa yang telah mereka pelajari kerana dikhuatiri pelajar memahami konsep yang salah. Masalah ini perlu ditegur dan mengajar semula dengan konsep yang betul.
Untuk melihat slide pembentangan rakan-rakan saya, anda boleh klik link ini.

Post a Comment