0
Reflection: Week 5
Posted by Nornadiah
on
00:56
Assalamualaikum!!!
Minggu ini kami belajar mengenai BASIC WEB DESIGN. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan WEB DESIGN? Web Design merangkumi banyak kemahiran yang berbeza dan disiplin dalam pengeluaran dan penyelenggaraan laman web. Kawasan yang berbeza reka bentuk web termasuk reka bentuk web grafik, reka bentuk antara muka; mengarang, termasuk kod standard dan perisian proprietari; reka bentuk pengalaman pengguna; dan pengoptimuman enjin carian. Tujuan web design adalah memaklumkan pengguna atau menarik minat pengguna untuk membaca dengan cara menyampaikan kandungan dalam cara yang memberi manfaat kepada pengguna.Berikut merupakan contoh web design:
Menarik kn website2 seperti di atas, tetapi kesemua web tersebut adalah dalam bidang berlainan. Namun, web designer memberi tumpuan kepada keperluan pengguna & keperluan maklumat kandungan yang ingin disampaikan. Empat aspek utama mempengaruhi reka bentuk laman web iaitu:
1. Kandungan: Untuk memaklumkan atau menarik minat pengguna
2. Teknologi: Untuk melaksanakan fungsi tapak
3. Visual: Untuk menyediakan borang tapak
4. Ekonomi: Untuk memberi maksud bagi tapak
Metafora laman web seperti piramid iaitu kandungan adalah bata yang kita gunakan untuk membina piramid,asas bergantung kepada visual dan teknologi manakala ekonomi membuat projek itu bernilai.
BASIC CONCEPT IN DESIGN
1. Balance
-White space
-Description must be near to the picture/graphic
-Symmetry & Asymmetry Balance
2. Contrast
-Tulisan mestila mempunyai warna yang berbeza dengan warna latar belakang supaya tulisan nampak jelas untuk dibaca.
3. Focus
-Sekiranya meletakkan gambar di dalam laman web, gambar tersebut mestilah jelas dan menarik minat pengguna.
4. Related
- Pastikan laman web anda seterusnya mempunyai kesinambungan dari halaman utama supaya pengguna tidak keliru. Seperti: susun atur icon mestilah sama seperti di halaman utama.
Aktiviti Kelas
Seperti biasa, kami akan melakukan aktiviti di dalam kelas. Kali ni kami di minta untuk mencari satu contoh laman web yang baik dan lagi satu contoh yang kurang baik.Saya telah memilih laman web dalam business online terkemuka di Malaysia iaitu ZALORA dan The Poplook
ZALORA
Bagi pendapat saya, laman web ini kurang baik kerana:
1. Walaupun ini business online yang ingin mempamerkan semua barang yang ada namun jangan terlalu banyak gambar dan icon diletakkan dalam laman web.
2. Tidak mempunyai white space.
3. Tidak mempunyai flow pembacaan bagi pengguna.
The Poplook
Bagi pendapat saya, laman web ini baik kerana:
1. Sangat simple dan kemas.
2. Mempunyai white space.
3. Mempunyai flow pembacaan bagi pengguna.
4. Jenis barang telah dikategorikan dan ditulis dlm bentuk top-down menu. Lebih senang untuk pengguna mencari barang yang dikehendaki.
Seterusnya, kami ditugaskan untuk membincangkan semua isu-isu reka bentuk web dalam link ini http://www.webdesignref.com/chapters/ch01.htm
TARAA!!! Inilah hasil perbincangan yang kami dapat simpulkan
Terdapat empat jenis major web design iaitu:
1. User defined design
2. Form and function
3. Execution: The easy part?
4. Conformity versus Innovation





Post a Comment